Keep In touch

About Us

My photo
C4..Kumpulam kami adalah C4

06 December, 2011

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan.
Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan muthakhir sukan dari seluruh dunia seperti France ’98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun terdapat beberapa kebaikan lain internet seperti pendidikan dalam internet. Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kurusus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambl soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek.
Kebaikan yang seterusnya ialah perniagaan dalam internet. Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningakatkan penggunaan internet dalam dua cara iaitu memasar, menjual barangan, perkhidmatan dan menerima pembayaran eletronik. Cara yang sterusnya ialah mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil intranet. Maka, bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.
Terdapat juga perubatan dalam internet. Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. Hospital maya sudah pun berkembang dalam internet.
Antara keburukan internet adalah internet berfungsi sebagai medium penyebaran dakyah jahat. Internet menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh golongan anti Islam khasnya daripada kalangan Yahudi dan Nasrani yang memalsukan ajaran Islam dan memburukkan agama dengan memberikan maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia ‘Trench Coat’.
Internet juga berfungsi sebagai medium penyebaran virus terutamanya penyebaran melaluipenghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada sserangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah masuk ke sistem lain iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank.
Kesimpulannya, internet merupakan senjata era globalisasi. Seperti pisau, ia boleh digunakan untuk kebaikan dan juga untuk keburukan. Para pengguna internet terutamanya perlu dilengkapi dengan kekuatan dalaman sejak kecil lagi agar mereka mempunyai asas yang kuat untuk mendisplinkan diri mereka agar tidak terpengaruh dengan keburukan.

Membazir

Assalamualaikum.

Pembaziran ni selalu sgt berlaku.Tambahan tu kalau time puasa. Kalau dah boleh nk bli tu mcm2 nak beli,lepas tu balik rumah tak hbis buang. membazir!!! bnyak lagi yang tak dapat makan mcm kta tau. Banyak yang kbuluran. So apa yg kita buat..x da..kita just membazir mknan tanpa memikirkan negara lain yang tengan mengalami kebuluran.

Bukan tu saja, Pembaziran air pun berlaku. Kalau buka paip tu sampai melimpah air kat singki pun belum tentu nak ttup.


Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra', ayat 27).

Oleh itu,marilah sama-sama kita elakkan pembaziran.

05 December, 2011

Jigsaw puzzle!!

Assalamualaikum..




Bestnya dapat main jigsaw puzzle,,hehe.. eh mcam mna nak cntum kalau bnyak2 macam ni? ok sebenarnya bukan nak cakap pasal cara2 nak cantum jigsaw puzzle. Sebenarnya nak cakap bincang pasal..... jeng jeng jeng


eh?? gambar kahwin la pulak!! ok dah tak nak main2 dengan gambar lagi sebenarnya nak bincang pasal "Gerbang Perkahwinan seperti 2 keping Jigsaw Puzzle".


2 hati yang berbeza akan dicantumkan apabila memasuki alam perkahwinan.



Sejarah penciptaan Adam dan Hawa itu sendiri mengatakan mereka adalah berbeza supaya dapat saling melengkapi antara satu sama lain. 

untuk terus memahami sifat masing-masinfg adalah sukar sebab nature yang berbeza, tapi proses pembelajaran untuk mengenali perbezaan masing-masing tu yang lebih penting dan lebih indah sebenarnya.

itulah hikmahnya Allah jadikan adam dan hawa berbeza, agar proses pembelajaran akan berlaku sepajang hayat.


Sama macam perkahwinan sekarang ni kalau kita mencari pasangan yang banyak persamaan dengan kita mestilah perkahwinan tu akan menjadi seperti 'lego' bukan lagi seperti jigsaw puzzle yang perlu dicantumkan untuk mendapatkan perbezaan.Perkahwinan adalah untuk mengisi kekosongan hati dan pasangan masing-masing.

Lelaki


Ketua keluarga
Bertindak mengikut rasional
Kurang sensitiviti
Tidak peduli tentang penampilan


Wanita


Penyabar
Bertindak mengikut emosi
Sangat mengambil berat akan penampilan
Sangat sensitif







POLIS TAHAN WANITA DISYAKI BUANG BAYI..!!!

TERSELAMAT....Bayi ditemui dalam parit

PAGOH: Seorang wanita disyaki berusia 20 tahun ditahan berkaitan penemuan seorang bayi perempuan di kebun kelapa sawit di Kampung Melayu Raya, Sagil pada 5 november lalu. Wanita terbabit ditahan dirumahnya kiri-kira 500 meter dari lokasi bayi ditemui. Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superintenden Muhammad Salleh Abd Razak berkata, penahanan wanita terbabit berdasarkan siasatan polis selain maklumat awam. Wanita itu ditangkap pada pukul 4.20 petang khamis ,lima hari selepas bayi ditemui. Berdasarkan  siasatan awal, wanita terbabit melahirkan bayi berkenaan pada jam 6 petang  iaitu sehari selepas mangsa ditemui. Siasatan awal turut mendapati wanita terbabit melahirkan bayi itu sendiri di kebun kelapa sawit berkenaan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi, sabit kesalahan boleh di penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.......!!!


04 December, 2011


JAGA KEBERSIHAN UNTUK ATASI KETUAT...
 
*      Hampir setiap daripada kita menghadapi masalah ketuat ditubuh. Biasanya ia mudah disedari kerana timbul di permukaan kulit dan boleh hilang sendiri tanpa pembedahan.
*      Selain orang dewasa, kanak-kanak tidak terkecuali dijangkiti. Ketuat disebabkan oleh Vairus Human Papilloma (HPV) dan boleh merebak melalui sentuhan.
*      Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari, dan kaki
*      Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema atau tidak menjaga kebersihan diri, lebih mudah dijangkiti.
*      Jenis ketuat ada tiga iaitu ketuat biasa, ketuat rata dan ketuat plantar. Ketuat biasa selalunya ditemui di jari,tangan, lutut, dan siku. Ia biasanya bersaiz kecil, keras dan berwarna perang pudar. Ketuat rata pula bersaiz sekecil kepala pin. Jika berlaku kepada kanak-kanak, rasanya lebih lembut, warnanya boleh menjadi merah jambu, perang atau kuning. Kebiasannya kanak-kanak mengalami ketuat rata di wajah. Ketuat plantar biasanya ditemui di tapak kaki.
*      Menyentuh ketuat orang lain tidak bermakna anda akan boleh berjangkit dengan mudah, namun virus yang menghasilkan ketuat boleh menyebabkan ia berpindah denga mudah kepada orang terdekat dengan cara perkongsian penggunaan pakaian atau tuala.
Petua menghilangkan ketuat..
 
 PETUA MENGHILANGKAN KETUAT....
*   Bacuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehimgga hilang.
*   Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat akan tanggal dengan sendiri tanpa rasa pedih.
*   Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.