Keep In touch

About Us

My photo
C4..Kumpulam kami adalah C4

18 November, 2011

Gangsterism

Salam Jumaat,


Hari ni bukan la nak cakap pasal cara2 jadi gangster, cara2 membelasah orang. Haha..silap la.Gangsterism ataupun gejala samseng ni kalau la kita tengok banyak terjadi sama ada di sekolah mahupun ipt. Sebagai ibu bapa anda perlu memantau anak-anak anda.Jangankan sbuk sangat nak kejar duit sampaikan anak tu tak terurus tanpa kasih sayang

sekarang ni banyak sgt crita psal gangster dekat tv so secara tak langsung ni mmang la bdak-bdak trikut kan?lagi2 remaja sebab rasa nak cuba semua benda. Bila dah ada kononnya idola yang mnunjukkan aksi-aksi ganas mereka senang terikut. Tambahan kawa-kawan yang membawa pengaruh buruk kepada anak-anak anda. besides that sebab dulunya mereka dibuli dan timbul la kesedaran nak 'bela diri' mereka menyertai kumpulan samseng dan mula terlibat dengan gejala ini.



Langkah Mengatasi Masalah Gengsterisme

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk membantu sekurang-kurangnya mengurangkan masalah gengtserisme kalaupun tidak dapat menghapuskannya sama sekali. Antaranya:

 Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting di dalam konteks pembangunan sahsiah dan proses sosialisasi anak mereka. Walaupun masing-msing sibuk dengan pekerjaan dan kerjaya mereka serta mengejar kekayaan, kepentingan anak juga mesti diberi tumpuan. Ibu bapa mesti belajar mengetahui aktiviti yang dianggotai oleh anak mereka dan pada waktu yang sama, mengenali individu yang menjadi rakan kepada anak remaja mereka. Usaha ini akan membolehkan tempat kunjungan mereka dikenal pasti serta apakah bentuk aktiviti atau kegiatan yang disertai oleh anak mereka. Ibu bapa yang mengambil inisiatif ini wajar mengadakan perbincangan atau diskusi dengan anak-anak mereka bukan setakat mengetahui kecenderungan mereka tetapi juga berbincang mengenai perkembangan remaja semasa supaya anak-anak mempunyai ruang untuk meluangkan pandangan dan pada waktu yang sama memahami pandangan orang tua mereka. 

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih besar iaitu menjalin hubungan dengan pihak sekolah termasuk mengambil berat mengenai perkembangan anak mereka di sekolah melalui komunikasi dengan guru besar, guru kelas, guru disiplin dan warden asrama. Di samping itu, sebagai satu tindak balas resiprokal, sumbangan ibu bapa boleh disalurkan melalui penglibatan di dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) dan terbabit secara aktif di dalam aktivit di antara pelajar sekolah dan ibu bapa. Dengan ini, ibu bapa telah dengan secara langsung menjadi idola kepada anak-anak mereka, terbabit secara langsung di dalam aktiviti bukan sahaja di rumaha tetapi juga di sekolah. 

Peranan Sekolah

Sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengatasi kemelut gengsterisme dengan melentur masalah yang timbul dari peringkat awal lagi supaya dapat menyekat dari mempengaruhi pelajar yang lain. Sekolah boleh mengadakan hubungan langsung dengan ibu bapa terutama pelajar yang dikesan bermasalah atau disyaki terlibat dengan kumpulan gengsterisme. Sekolah boleh menganjurkan kem atau program tertentu yang berterusan untuk memerhati atau memantau kegiatan pelajar berisiko ini. Kokurikulum di sekolah juga mampu memainkan peranan besar di dalam mengadun sahsiah seseorang pelajar. Aktiviti persatuan, kelab dan organisasi beruniform perlu sentiasa diperbaharui supaya ia memenuhi citarasa pelajar yang mahu aktif dan mencuba sesuatu yang baru dan pada waktu yang sama mempertahankan pencapaian akademiknya.

Peranan Masyarakat

Gengsterisme mesti dilihat sebagai masalah berterusan yang melibatkan bukan hanya pemerhatian dari pihak sekolah semata-mata. Masyarakat juga boleh memainkan peranan mereka jika isu ini mahu diatasi sepenuhnya. Badan-badan luar terutama badan sosial atau organisasi beruniform boleh melibatkan diri mereka dengan sepenuhnya sebagai agen luar yang bertanggungjawab. Mereka boleh menjadi pengantara di antara sekolah dan pelajar. 

Peranan Kerajaan 

Kerajaan memain peranan penting menangani masalah gengsterisme ini. Tindakan keras perlu diambil supaya aktivitinya dapat dibendung. Langkah yang radikal boleh diambil oleh kerajaan dengan secara perlahan-lahan mengurangkan penyiaran filem berunsur ganas dan jenayah. Undang-undang yang ketat menerusi tindakan kerajaan akan mampu menyedarkan pelajar bahaya pembabitan di dalam aktiviti gengsterisme. Kesepaduan kementerian-kementerian termasuklah Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh mengubah persepsi ke atas pelajar yang sering dilayan secara negatif kebelakangan ini akibat tindakan atau kelakuan segelintir pelajar berisiko. 

 Peranan Media

Masalah gengsterisme juga boleh diatasi jika media memainkan peranan yang lebih proaktif. Walaupun untuk menghentikan siaran yang ganas dan bersifat jenayah kurang adil untuk industri media massa, media boleh mengurangkan siaran sebegini atau sekurang-kurangnya keprihatinan media ditunjukkan melalui penayangan program yang bersifat pembentukan kepribadian remaja yang unggul. Pembabitan pelajar yang berjaya mesti ditonjolkan supaya mereka menjadi idola kepada pelajar yang lain. Rancangan-rancangan sebegini yang harus diutamakan agar remaja menonton ‘role model’ yang baik yang boleh menjadi ikutan mereka. 




Penderaan Haiwan

Salam 1 Malaysia,


                                                         


Kadang-kadang banyak sangat kita dengar kes penderaan haiwan. kenapa masalah ni berlaku? Guys please.. Haiwan pun ada perasaan. Sebab apa nak cederakan, nak seksa haiwan yang tak bersalah. Manusia yang tidak sayangkan haiwan memang tak berperasan.



Anak kucing di seksa sampai mati

Anak-anak kucing ini mati akibat perbuatan kanak-kanak yang sering main tembak-tembak dengan peluru getah dan menyiksa anak kucing itu dengan mengikat leher dengan tali.



Di suatu desa, 4 ekor anak kucing dari seekor ibu kucing disiksa sampai mati. Menurut pemilik kucing, pada pagi hari mereka mendengar tangisan kucing yang memilukan. Mereka segera turun ke halaman dan menemui bahawa anak-anak kucing, 4 ekor, telah disiksa sampai mati, dan (mayatnya) sengaja diletakkan didepan ibunya.

Seekor anak kucing lehernya diikat dengan tali dan badannya direntangkan, dengan dada teriris terbuka menunjukkan jantungnya diiris-iris dan lukanya terlihat. Sementara ketiga ekor anak kucing lainnya, kepala mereka dipijak (sampai remuk).

Menurut pengamatan wartawan, lubang peluru yang ada di kepala anak kucing tersebut berasal dari peluru pistol mainan. Kira-kira, pada malam seseorang menggunakan pistol mainan untuk memukuli anak-anak kucing tersebut sampai mereka tidak dapat lari, sebelum meneruskan menyiksa anak-anak kucing tersebut sampai mati, dan secara sengaja meletakkan anak-anak kucing tersebut di sebelah ibu kucing.

Ibu kucing yang malang tersebut terus menjilat bulu-bulu anaknya, seperti berharap hal itu akan menghidupkan kembali anak-anak kucing yang malang itu. Si pemilik kucing sendiri sampai tak mampu berkata-kata, menangis dan berharap penyiksa kucing tersebut dapat ditemukan.



Haiwan pun perlukan kasih-sayang seperti mana kita manusia perlukan kasih-sayang.Apa salahnya kalau tak suka kepada haiwan pun janganlah sampai mencederakan haiwan tersebut. Dimana sebenarnya sifat perikemanusiaan kita?

Demam

Salam,
Demam??
 Kenapa dengan demam?Demam panas?Demam kura?Demam denggi? bukan demam tu tapi Demam Peperiksaan. Sekarang kan musim exam.sesiapa yang tengah sat for SPM mesti terasa sangat kan?Ok gudluck utk adik2 yang ambik SPM.Student IPTA pun tgh sbuk exam kan?ada yang baru nak midsem.Ada yang prepare utk final.Tapi sebenarnya bukan nak cakap pasal SPM or apa-apa exam.But nak cakap pasal fenomena study last minute.
Bila sampai minggu exam ja baru la kelam-kabut nak buka nota, nak pinjam nota, nak buat soalan, nak jumpa lecturer. Semuanya buat masa study week yang singkat tu. Time tu la bersengkang mata 24 jam utk habiskan baca nota tu. Lepas tu jawab exam blur sebab tak cukup rehat.
Sebenarnya kenapa kita sebagai student tak boleh nak prepare awal utk study.Sebab apa tunggu hingga last minute baru la nak buka buku?? Saya tinggalkan utk kawan2 yang baca blog ni untuk jawab? So ciao..