Keep In touch

About Us

My photo
C4..Kumpulam kami adalah C4

02 December, 2011

FACEBOOK???


 
Assalamua’laikum….
Tengok tajuk pon dah tahu kan nak cita pasal apa….hehe….sapa yg tak kenal FB lgi sekarang? Boleh dikatakan semua orang ada akaun FB masing2 kan…dari yang muda smpailah yg tua, ada ja yg dok update status tiap masa…macam2 benda diorang cita dan luahkan kat FB 2…macam la FB 2 bleh tolong settlekan masalah diorang kan…buang masa lagi ada la (padahal aku pun khusyuk mengadap FB gak) …hehee…korang pon msti sama gak kan…mcm dah ketagih lak klu xbkak FB ek?...haha….tapi inilah hakikatnya, bila semakin ramai yg giler FB, Malaysia mungkin menjadi salah satu negara yg mempunyai pengguna FB yg paling ramai di dunia.
                  
Korang nak taw x??? menurut laporan daripada kajian TNS Survey International, rakyat Malaysia mempunyai rakan FB yg paling ramai di dunia, yg mana purata seorang pengguna FB mempunyai sebanyak 233 rakan dalam akaun mereka (tapi korang mesti dah beribu rakan kan)…haha…rakyat Malaysia ni jgak paling banyak menghabiskan masa kt FB, iaitu 9 jam seminggu!...ramai btol rakyat Malaysia yang akses FB ni…lebih drpd 10 juta pemilik akaun FB…tapi jumlah ni dijangka akan melebihi 20 juta pada tahun 2012 nanti…pengguna FB di  Malaysia juga merupakan pengguna FB yang paling aktif di dunia taw!...

Berdasarkan statistik yang mengagumkan ni, korang sedar tak risiko dia??? FB mempunyai ahli sebanyak 300 juta di dunia! Pada tahun 2010, laman sosial ni tlh berjaya menarik sebanyak 100 juta pengguna mengguna handfone mereka melayari laman ni secara aktif. Sekarang ni terdapat lebih drpada 3 bilion gambar di upload ke FB setiap bulan! Dan lebih drpada 500,000 aplikasi yg aktif wujud di platform tu….kajian terbaru menunjukkan 7.5 juta drpada 20 juta pengguna FB berusia kurang drpada 13 tahun dan sejuta drpada mereka pernah dibuli, diganggu atau diugut di laman FB ni. Kajian ni jgak menunjukkan bahawa lebih drpada 5 juta pengguna FB adalah adalah berumur 10 tahun atau lebih muda. Kebanyakan drpada mereka ni dibenarkan melayari FB tanpa pengawasan ibu bapa!

Selain itu, menurut kajian yg dilakukan oleh Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang, mendapati lebih 80% drpada 500 pelajar tersebut mempunyai akaun FB, termasuk jugak mereka yg berusia 7 tahun. Drpada satu tinjauan itu jugak mendapati bahawa 58% drpada responden mempunyai pengalaman yg menakutkan, menjijikkan atau membimbangkan menerusi internet.

Kebelakangan ini, terdapat kes mengenai gangster menggunakan FB sebagai platform untuk mengajak students sekolah utk jadi ahli mereka…. Mereka juga menganjurkan acara perlumbaan haram, menggunakan gambar-gambar selebriti yang terkenal utk menarik perhatian orang lain untuk mengunjungi laman sosial mereka...kumpulan ni besanya mensasarkan pelajar sekolah menengah dan menawarkan perlindungan kepada pelajar yang menjadi ahli mereka.
Facebook telah menetapkan had umur 13 dan ke atas untuk membuka akaun..Tetapi, sistem yg wujud sekarang tidak dapat mengesan bahawa seseorang itu yang cuba menipu tentang umur sebenar mereka…walaupun bagi mereka yang berumur 13 ke atas, mereka masih mudah terdedah kepada risiko internet.,,berapa ramai di antara mereka yang melayari internet di bawah pengawasan ibu bapa??? adakah ibu bapa mengetahui apa yg anak mereka lakukan di internet ataupun masalah yg anak mereka menghadapi semasa menggunakan internet??? terdapat pelbagai kemungkinan risiko internet sperti pencuri identiti, jangkitan virus atau pornografi.



 Dunia skrg sdgg menghala ke arah zaman tanpa sempadan disebabkan oleh kewujudan internet. Orang muda lbih pandai menggunakan alat-alat digital berbanding ibu bapa diorang... disebabkan pelbagai kemungkinan yang sedia ada di internet, ibu bapa tak bleh mengelakkan daripada melindungi anak-anak mereka daripada risiko internet...mereka perlu memainkan peranan yg sangat penting untuk mengajar anak mereka mengenai keselamatan internet menerusi penggunaan perisian keselamatan internet yg terdapat di pasaran.



Ibu bapa perlu sentiasa mempertingkatkan pengetahuan mereka tentang isu-isu semasa berkaitan dengan keselamatan internet…komputer dan perkhidmatan internet patut diletakkan di ruang terbuka di dalam rumah, dan bukannya di dalam bilik tidur anak-anak! ibu bapa boleh membimbing anak-anak mereka semasa menggunakan internet…mereka patut berbincang dengan anak-anak mereka tentang risiko internet dan cara untuk melindungi diri sendiri seperti jangan meletakkan sebarang butiran peribadi di internet.

No comments:

Post a Comment