Keep In touch

About Us

My photo
C4..Kumpulam kami adalah C4

30 October, 2011

Assalamualaikum..

Baru-baru ini saya ada melawat ke rumah orang-orang tua. Apa yang menyentuh hati saya adalah kebanyakan mereka yang ada disana terlantar sakit, lumpuh, dan ada yang sakit tua. Sekadar bangun untuk duduk dan makan. Ada pulak yang makannya disuap, dan ada juga yang terpaksa dimandikan. Betapa gembiranya warga emas ini mentambut kedatangan kami kerana tidak ramai yang sanggup untuk melawat mereka. Kedatangan kami sekurang-kurangnya mengubat kesunyian mereka.

Tapi persolan yang tidak mampu saya jawab ialah mengapa mereka ini dihantar ke rumah orang-orang tua?Kerana komitmen kerja anak-anak? Ibubapa  yang sangat uzur sehinggakan tidak sanggup menjaga mereka? Mereka juga memerlukan perhatian sepertimana kita diberikan perhatian ketika kecil. Mereka ini kadang-kadang akan berkelakuan seperti kanak-kanak hanya untuk mendapatkan perhatian Ibubapa sanggup menjaga 10 orang anak  tapi sanggupkah 10 orang anak itu menjaga ibubapa yang menjaga dan mendidik mereka sejak kecil?  Jawapan itu anda sendiri yang tentukan.

Tapi pernahkah kita terfikir apa perasaan warga emas ini apabila mereka dihantar ke rumah orang-orang tua? Takkanlah tiada perasaan terhutang budi kepada ibubapa yang membesarkan kita. Saya ada berbual dengan seorang nenek yang tinggal di rumah orang-orang tua, beliau menyatakan perasaan terkilan terhadap anaknya yang sanggup menghantar beliau ke sana? Sayu hati saya apabila mendengar luahan hati beliau.

Renungan bersama (Terjemahan New Living Translation)

1 Tim 5:4
  
[4]  But if she has children or grandchildren, their first responsibility is to show godliness at home and repay their parents by taking care of them. This is something that pleases God very much. 

No comments:

Post a Comment