Keep In touch

About Us

My photo
C4..Kumpulam kami adalah C4

04 October, 2011

PESKUUM 24 : Terbaik Di situ



Assalammualaikum dan salam sejahtera...


Pesta Konvo Universiti Utara Malaysia kali ke 24 (PESKUUM 24), menghangatkan lagi kemeriahan Konvokesyen kali ke 24 yang berlangsung di Dewan Muadzam Shah. PESKUUM 24 yang berlangsung pada 28 September 2011 sehingga 7 Oktober 2011 dan telah dirasmikan dengan jayanya oleh Dato Mukhriz bin Tun Dr Mahathir,Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada 28 September 2011. Malam perasmian dihangatkan lagi dengan persembahan daripada kumpulan Hujan dan gimik perasmian yang begitu menghiburkan.
Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan sempena Pesta Konvo ini berlangsung seperti Gempak Extreme Zone,Malam Retro Nite, International Nite, Dragon Nite,Bola Sepak Piala Dato NC dan lain-lain lagi. Kehangatan ditambah lagi dengan pembukaan gerai-gerai jualan oleh peniaga luar dan mahasiswa UUM. Selain itu, mahasiswa UUM dapat mengembangkan bakat mereka dalam bidang keusahawanan dan dalam masa yang sama menyahut seruan Dato TNC HEPA yang menginginkan mahasiswa UUM berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan.





                          
Kegembiraan jelas terpancar pada riak wajah graduan-graduan Universiti Utara Malaysia. Seramai 8556 graduasi yang telah tamat pengajian dan terdiri daripada Phd, Ijazah dan Ijazah Sarjana Muda. Istiadat Majlis Konvokesyen kali ke 24 berlangsung pada 1 sehingga 6 Oktober 2011 dengan gemilang di Dewan Muadzam Shah (DMAS). Senyuman jelas terpancar di muka ibu bapa dan sanak saudara yang menemani mereka. Keluarga sanggup menunggu di luar dewan sepanjang majlis berlangsung. Pada hari pertama, penyerahan Ijazah telah disempurnkan oleh Tunku Bendahara Kedah.
      
                                                              
Keadaan dalam DMAS ketika Istiadat Konvokesyen
Tempat istiadat konvokesyen diadakan






Persediaan para graduan untuk masuk ke dalam dewan

No comments:

Post a Comment