Keep In touch

About Us

My photo
C4..Kumpulam kami adalah C4

02 December, 2011

Hentikan Pinjaman Mulai 2013

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang untuk menghentikan pemberian pinjaman perbelanjaan kepada pelajar IPT. Itulah berita yang memberikan kejutan kepada semua pelajar IPT.



Keputusan itu dibuat oleh Lembaga Pengarah PTPTN dalam mesyuaratnya pada 31 Oktober yang lepas. Pihak PTPTN menyatakan pemberhentian pinjaman perbelanjaan ini bertujuan bagi mengurangkan bebanan akibat peminjam yg terlalu ramai dan sikap segelintir peminjam yang liat untuk membayar balik.

Sehingga kini seramai 1.87 juta pelajar telah membuat pinjaman dengan PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion.

Cadangan PTPTN untuk menghentikan pemberian pinjaman perbelanjaan kepada pelajar pengajian tinggi dilihat tidak relevan dengan situasi masa kini. Tidakkah hal ini akan membebankan para pelajar itu sendiri termasuk juga keluarga mereka?

Bagi keluarga berada atau berpendapatan tinggi, mereka tidak perlu risau dengan cadangan itu kerana mereka mampu untuk menanggung perbelanjaan anak-anak mereka. Tetapi bagaimana pula bagi keluarga yang kurang berkemampuan?

Pasti hal ini akan membebankan mereka sekeluarga. Lebih2 lagi jika terdapat lebih daripada seorang daripada anak mereka menyambung pengajiannya di institut pengajian tinggi.

No comments:

Post a Comment