Keep In touch

About Us

My photo
C4..Kumpulam kami adalah C4

02 December, 2011

Keruntuhan Akhlak


Keruntuhan akhlak dikalangan remaja berlaku apabila mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang menyimpang drp ajaran agama islam dan budaya masyarakat timur seperti terlibat dengan seks bebas, bersedudukan, lari dr rumah, melepak,  penagihan dadah, meminum arak, pembungan bayi dan penglibatan remaja dalam jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, membunuh dan sebagainya.


Gejala Pembuangan Bayi
Budaya Merokok dikalangan Remaja

Gejala Buli

Budaya Melepak

Budaya pergaulan bebas


Antara punca-puncanya:
  •  Kurang menyelami agama islam 
  • Terlalu leka dengan hiburan duniawi
  • Perasaan ingin memcuba sesuatu yang baru, tidak kira baik atau buruk
  • Pengaruh rakan sebaya 
  • Keluarga yang bermasalah
  • Kurangnya pemantauan drp ibu bapa
  • Tekanan hidup-banyak masalah
  • Tiada matlamat hidup
  • Tidak mempunyai asas agama yang kukuh

Langkah mengatasi:

Rasulullah s.a.w. bersabda ( maksudnya ) :

"Suruhlah anak kalian bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya ketika umur mereka ( menjangkau ) sepuluh tahun.



Daripada hadis di atas, jelaslah bahawa solat itu begitu penting bagi umat islam. Solat merupaka tiang agama, bayangkan jika tiada tiang, bagaimana sesebuah rumah itu boleh berdiri???
Begitu juga dengan diri kita, solat dapat menjaga diri kita drp melakukan maksiat dan dapat menghindarkan diri drp melakukan perkara yang boleh meruntuhkan akhlak. Dengan menunaikan solat, hati pasti menjadi tenang.  Selain menunaikan solat, terdapat beberapa lagi langkah untuk mengatasi keruntuhan akhlak remaja, antaranya : 


  • Menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Allah
  •  Mengekalkan akhlak dan cara kehidupan orang islam
  •  Meletakkan diri dalam persekitaran orang yang soleh
  • Cuba mengamalkan sunnah Rasulullah
  • Menghormati ibu bapa kerana ibu bapa adlh pintu kita untuk ke syurga
  • Mengamalkan "amal mak’ruf, nahi mungkar
  • Menyuburkan semangat dan amalan hidup berakhlak
  • Membimbing teman-taman yang berada dalam kesusahan
  • Mengamalkan gaya hidup yang sihat, contohnya pergi bersukan-berbasikal, berenang, jongging,etc
  •  Mengelakkan pergaulan bebas
  •  Sentiasa bina semangat baru untuk maju kehadapan

Kesimpulanya,

        "Jagalah akhlakmu, kerana ia merupakan jambatan ke syurga"




No comments:

Post a Comment