Keep In touch

About Us

My photo
C4..Kumpulam kami adalah C4

04 December, 2011


JAGA KEBERSIHAN UNTUK ATASI KETUAT...
 
*      Hampir setiap daripada kita menghadapi masalah ketuat ditubuh. Biasanya ia mudah disedari kerana timbul di permukaan kulit dan boleh hilang sendiri tanpa pembedahan.
*      Selain orang dewasa, kanak-kanak tidak terkecuali dijangkiti. Ketuat disebabkan oleh Vairus Human Papilloma (HPV) dan boleh merebak melalui sentuhan.
*      Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari, dan kaki
*      Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema atau tidak menjaga kebersihan diri, lebih mudah dijangkiti.
*      Jenis ketuat ada tiga iaitu ketuat biasa, ketuat rata dan ketuat plantar. Ketuat biasa selalunya ditemui di jari,tangan, lutut, dan siku. Ia biasanya bersaiz kecil, keras dan berwarna perang pudar. Ketuat rata pula bersaiz sekecil kepala pin. Jika berlaku kepada kanak-kanak, rasanya lebih lembut, warnanya boleh menjadi merah jambu, perang atau kuning. Kebiasannya kanak-kanak mengalami ketuat rata di wajah. Ketuat plantar biasanya ditemui di tapak kaki.
*      Menyentuh ketuat orang lain tidak bermakna anda akan boleh berjangkit dengan mudah, namun virus yang menghasilkan ketuat boleh menyebabkan ia berpindah denga mudah kepada orang terdekat dengan cara perkongsian penggunaan pakaian atau tuala.
Petua menghilangkan ketuat..
 
 PETUA MENGHILANGKAN KETUAT....
*   Bacuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehimgga hilang.
*   Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat akan tanggal dengan sendiri tanpa rasa pedih.
*   Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.







No comments:

Post a Comment