Keep In touch

About Us

My photo
C4..Kumpulam kami adalah C4

06 December, 2011

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan.
Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan muthakhir sukan dari seluruh dunia seperti France ’98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun terdapat beberapa kebaikan lain internet seperti pendidikan dalam internet. Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kurusus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambl soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek.
Kebaikan yang seterusnya ialah perniagaan dalam internet. Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningakatkan penggunaan internet dalam dua cara iaitu memasar, menjual barangan, perkhidmatan dan menerima pembayaran eletronik. Cara yang sterusnya ialah mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil intranet. Maka, bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.
Terdapat juga perubatan dalam internet. Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. Hospital maya sudah pun berkembang dalam internet.
Antara keburukan internet adalah internet berfungsi sebagai medium penyebaran dakyah jahat. Internet menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh golongan anti Islam khasnya daripada kalangan Yahudi dan Nasrani yang memalsukan ajaran Islam dan memburukkan agama dengan memberikan maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia ‘Trench Coat’.
Internet juga berfungsi sebagai medium penyebaran virus terutamanya penyebaran melaluipenghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada sserangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah masuk ke sistem lain iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank.
Kesimpulannya, internet merupakan senjata era globalisasi. Seperti pisau, ia boleh digunakan untuk kebaikan dan juga untuk keburukan. Para pengguna internet terutamanya perlu dilengkapi dengan kekuatan dalaman sejak kecil lagi agar mereka mempunyai asas yang kuat untuk mendisplinkan diri mereka agar tidak terpengaruh dengan keburukan.

No comments:

Post a Comment